Friday, May 8, 2009

Karnival Sukaneka Simpang Bekoh Meriah

Karnival Sukaneka dan Hari Keluarga Warga Simpang Bekoh, disambut meriah oleh seluruh penduduk kampung itu, baru-baru ini.Setiusaha UMNO Simpang Bekoh, Abd Halim Abd Ghani berkata, pelbagai acara sukan rakyat yang menarik turut diadakan merangkumi seluruh peringkat usia antaranya tarik tali, kopek buah kelapa, makan buah epal, anyam ketupat dan gubahan bunga.

Menurutnya, acara tersebut juga turut disertai Mascot yang ternyata memeriahkan lagi Karnival Hari Keluarga tersebut terutama penganjuran Hari Keluarga yang diadakan tahun ini lebih meriah.

"Ianya turut mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Jasin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Jasin dan juga Jabatan Polis Jasin, di mana pameran jenayah, pemeriksaan percuma dan demontrasi mencegah kebakaran turut diadakan.

"Selain itu, pelancaran Slide Show Profile Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Simpang Bekoh juga turut dilancarkan,"katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI), di sini, hari ini.Tambahnya, karnival Hari keluarga tersebut telah dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Yazed Khamis.

Yazed juga mengucapkan tahniah diatas program yang dianjurkan dan bersyukur kerana penduduk Simpang Bekoh dapat hidup aman damai dalam sebuah kampung terdiri pelbagai kaum dan ini ini menunjukkan pemuafakatan yang telah terjalin sejak sekian lama.

"Saya ingin mengucapakan tahniah kepada JKKK Simpang Bekoh kerana dapat membuat profile JKKK Simpang Bekoh dalam bentuk Multimedia yang menarik, sekaligus menjadikan antara JKKK yang terawal melaksanakannya dalam DUN Rim," katanya.

Monday, May 4, 2009

JKKK Perlu Kuasai ICT

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru di lantik memainkan peranan penting dalam membentuk pembangunan fizikal dan sosial di peringkat kampung.

Pegawai Daerah Jasin, Halim Ahmad berkata, ketrjasama semua JKKK yang di lantik itu secara tidak langsung akan dapat membantu menjana pembangunan sesebuah kampug seiring dengan sasaran yang di tetapkan oleh Kerajaan Negeri iaitu Melaka Maju pada tahun hadapan.

Katanya, diharapkan dengan perlantikkan JKKK baru dan lama ini dapat membantu dalam usaha membangunkan kampung agar ia tidak ketinggalan dengan arus pembagunan seperti kampung-kampung lain dalam daerah Jasin.

"Diharapkan agar gabungan JKKK yang baru serta lama ini dapat mempertingkatkan lagi kerjasama antara mereka dalam menbabtu masyarakat sekitar yang memerlukan pertolongan,"Katanya selepas menyampaikan watikah perlantikkan baru JKKK Bukit Katong.

Seramai 17 ahli JKKK baru dan lama menerima surat perlantikkan pada majlis tersebut yang di hadiri Penghulu DUN Rim, Nor Azmi Mahmood mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Mohd Yazed Khamis.

Jelasnya, perlantikan JKKK yang baru juga di saran supaya lebih berusaha mempertingkatkan keupayaan mereka dalam menguasai bidang teknologi terutama dalam bidang IT.

"Ini kerana masa kini, IT merupakan satu medium utama dalam pembangunan, di samping dapat memperkembangkan lagi minda masyarakat setempat terutama di kalangan JKKK,Katanya.