Thursday, June 26, 2008

Amaran Buat Permain

Kegagalan dua pertemuan dalam saingan Piala Malaysia kemarin, mengundang rasa resah Pengurus Pasukan Melaka, Mohd Yazid bin Khamis, berikutan cabaran saingan yang semakin sengit, sedangkan ketumpulan barisan depan skuadnya makin ketara.Hakikatnya jelas apabila barisan depan anak buahnya yang disandarkan harapan gagal melaksanakan tugas dengan cemerlang sepertimana yang di harapkan.
Katanya, kegagalan jentera tengah berfungsi dengan berkesan, tindakan penyudah yang kurang tajam serta kelekaan benteng lawan di kenal pasti antar punca kegagalan itu." Ketumpulan penyudah dan kesilapan mudah yang dilakukan permain antara penyumbang utama kekalahan kita kepada dua petemuan, apapun saya akui dua penyerang yang kita sandarkan tidak begitu menyerlah malah keupayaan mereka amat terbatas.
"Jika mengambil kira keseluruhan permain, kita tidak sepatutnya tewas atau gagal mengutip mata, sebaliknya meraih kemenangan peluang yang dicipta itu terutama pada babak kedua tidak disia-siakan,"katanya. Mereka (Pemain) bermain dengan baik, malah mereka menguasai perlawanan, terutama babak kedua dengan deretan peluang terhidang tetapi gagal dimanfaatkan.
"Saya rasa sedikit kecewa dengan persembahan permain terutama di bahagian depan apabila mereka gagal memanfaaftkan perluang yang terhidang,"katanya. Beliau jelas tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan terhadap aksi anak buahnya yang gagal mengutip sebarang mata dalam dua pertemuan apabila tewas kepada Negeri Sembilan dan Kelantan.
Namun Mohd Yazed berkata, masih ada kelemahan ketara yang perlu diperbaiki menjelang pertemuan dengan Serawak malam ini, terutama sikap pemain yang tidak berwaspada sehingga masa permainan sebenar tamat. Beliau mengingatkan anak buahnya tidak mengulangi kesilapan itu apabila bertemu Serawak malam ini.

Penyelaras Pemuda Anjur Pertandingan Badminton


Penyelaras Pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan mengadakan pertandingan badminton dan tarik tali persahabatan antara pemuda UMNO Cawanagn DUN Rim denagn Ahli JawatanKuasa Pemuda UMNO Bahagian Jasin pada 5 Julai depan sekolah Kebangsaan (SK) Jasin.

Pengerusi Penyelaras Penduduk Rim, Abdul Halim Ghani berkata, Pertandingan tersebut akan berlangsung di Dewan Tertutup Sekolah Menengah Jasin bermula jam 8 malam. Menurutnya, tujuan pertandinagn itu adalah bagi mengeratkan silatulrahim antara seluruh Pemuda UMNO cawangan DUN Rim dengan pemimpin tertinggi Pemuda Bahagian Jasin.

"Apa yang di harapkan, dengan adanya pertandingan ini dapatlah memupuk lagi permuafakatan di kalangan ahli- ahli Pemuda seluruh DUN Rim, di samping dapat menyegarkan minda dan kesihatan," katanya kepada sukan Melaka Hari Ini(MHI) .Selain itu, ianya juga adalah bagi membenteras gejala sosial yang kurang sihat di kalangan golongan muda.Hadiah- hadiah menarik turut menanti peserta yang muncul johan , naib johan, ketiga , keempat, selain saguhati kepada pemenag lain.