Tuesday, February 17, 2009

Warga emas tinggal seorang diri dijanji rumah PPRT

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah nasib malang yang sudah sekian lama dilalui warga emas, Napsiah Md Jalib, 62, yang hidup seorang diri, di sini.

Tinggal di rumah yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan air bersih, Napsiah berkata, anak-anak bukan tidak mengajaknya berpindah ke rumah mereka tetapi dia sendiri yang tidak sampai hati hendak meninggalkan rumah usang yang didiaminya kini.

“Sebelum ini pun, mak cik pernah tinggal bersama mereka tetapi teringat pula nak balik ke rumah ini. Itulah sebabnya mak cik lebih suka tinggal di sini,” katanya. Walaupun hidup seorang diri, kata Napsiah, saudara mara dan jiran tetangga sering mengambil berat keadaan dirinya.
“Pada waktu siang, makcik tinggal dan membersihkan kawasan rumah ini, sementara pada waktu malam, makcik menumpang tidur di rumah jiran dan saudara yang berhampiran kerana bimbang akan keselamatan rumah yang telah usang ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Napsiah, keadaan dirinya yang menghidap penyakit jantung juga membuat dia berasa bimbang jika berlaku perkara yang tidak diingini pada waktu dia sedang tidur malam. “Sebab itulah mak cik pergi menumpang tidur di rumah saudara mara atau jiran terdekat,” katanya.

Meskipun hidup seorang diri atas kerelaan sendiri, nasib Napsiah turut mendapat perhatian pelbagai pihak yang bersimpati dengan keadaan dirinya.

Antara yang hadir menghulur bantuan daripada Pembela Barisan Nasional (BN); Majlis Agama Islam Melaka (Maim); Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Rim, Mohd Yazed Khamis; Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah, Ketua UMNO cawangan Simpang Kerayong, Hasnol Abdul Wahab dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Simpang Kerayong, Rahman Mamat.

Ketua Penyelia Pembela BN, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya mengadakan lawatan itu untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh Napsiah. “Sebaik mendapat tahu akan masalah yang dihadapi Napsiah, kerajaan negeri sememangnya ingin membantu mereka yang memerlukan pertolongan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai JKM daerah Jasin, Abd Rahaman Jaafar pula memberitahu, JKM akan menyampaikan bantuan kepada Napsiah di bawah Skim Warga Emas bernilai RM300 mulai Mac depan.

Dalam pada itu, Maim yang diwakili Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat, Mohd Khabir Abdul Karim dan Ketua Penyelia Badan Sukarelawan Al-Taqwa Maim, Md Dino Md Delan turut menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan asas kepada Napsiah. ADUN kawasan Rim, Mohd Yazed Khamis pula berkata, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi menggantikan rumah yang didiami Napsiah kini.

“Memandangkan keadaan rumahnya yang tidak sesuai lagi untuk diduduki, kita akan pastikan rumah usang Napsiah ini digantikan dengan rumah PPRT bagi memastikan dia selesa dan berasa selamat tinggal di rumahnya,” katanya.

Monday, February 16, 2009

Warga Emas Terharu Terima Sumbangan.

seorang warga emas yang menderita akibat menghidap penyakit angin ahmar, ali sahat tidak dapat menahan air matanya apabila menerima perhatian Pembela Barisan Nasional (BN) negeri,di sini hari ini.

Ali, 61 yang menghidap penyakit sejak empat bulan lalu kini tidak boleh begerak dan haya mengharapkan bantuan isteri dan anak-anak yang tinggal bersamanya.

Oleh itu, atas dasar keperikemanusiannya, pelbagai pihak termasuk badan kerajaan tampil menghulurkan bantuan, antaranya Pembela BN dengan menghulurkan bantuan sebuah kerusi roda kepadanya.

Ketua Penyelia Pembela BN, Amir Hamzah aziz berkata, kerusi roda berkenaan bertujuan meringankan beban Ali bagi memudahkan pegerakannya di rumah.

Katanya, jika sebelum ini, Ali sukar untuk bergerak, dengan sumbangan kerusi roda ini akan memudahkan pegerakkannya untuk pergi kesana-sini tanpa perlu diangkat lagi.

"Pembela BN di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam begitu perihatin dengan masalah rakyat yang memerlukan bantuan,'' katanya semasa mengadakan lawatan dirumahnya di sempang kerayong.

Serentak dengan itu, Majlis agama Islam Melaka(MAIM) yang mewakili Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat MAIM, Mohd Khabir Abdul Karim dan ketua penyelia Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM, Md Dino Md Dalan turut menyampaiakan sumbangan barangan makanan keperluan asas.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) daerah Jasin, Abd Rahman Jaafar berkata, pihaknya akan meluluskan bantuan kepada Ali di bawah Skim Bantuan Pesakit Kronik sebanyak RM300 bermula Mac depan.

Hadir sama melawat warga emas terbabit, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Mohd Yazed Khamis; Ketua UMNO Cawangan Simpang Kerayong, Hasnol abdul Wahab dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) Simpang Kerayong, Rahman Mamat.

Ali begitu amat terharu diatas kunjungan dan keperihatinan yang diberikan pelbagai pihak terhadap penderitaan yang dialaminya.