Monday, February 16, 2009

Warga Emas Terharu Terima Sumbangan.

seorang warga emas yang menderita akibat menghidap penyakit angin ahmar, ali sahat tidak dapat menahan air matanya apabila menerima perhatian Pembela Barisan Nasional (BN) negeri,di sini hari ini.

Ali, 61 yang menghidap penyakit sejak empat bulan lalu kini tidak boleh begerak dan haya mengharapkan bantuan isteri dan anak-anak yang tinggal bersamanya.

Oleh itu, atas dasar keperikemanusiannya, pelbagai pihak termasuk badan kerajaan tampil menghulurkan bantuan, antaranya Pembela BN dengan menghulurkan bantuan sebuah kerusi roda kepadanya.

Ketua Penyelia Pembela BN, Amir Hamzah aziz berkata, kerusi roda berkenaan bertujuan meringankan beban Ali bagi memudahkan pegerakannya di rumah.

Katanya, jika sebelum ini, Ali sukar untuk bergerak, dengan sumbangan kerusi roda ini akan memudahkan pegerakkannya untuk pergi kesana-sini tanpa perlu diangkat lagi.

"Pembela BN di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam begitu perihatin dengan masalah rakyat yang memerlukan bantuan,'' katanya semasa mengadakan lawatan dirumahnya di sempang kerayong.

Serentak dengan itu, Majlis agama Islam Melaka(MAIM) yang mewakili Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat MAIM, Mohd Khabir Abdul Karim dan ketua penyelia Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM, Md Dino Md Dalan turut menyampaiakan sumbangan barangan makanan keperluan asas.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) daerah Jasin, Abd Rahman Jaafar berkata, pihaknya akan meluluskan bantuan kepada Ali di bawah Skim Bantuan Pesakit Kronik sebanyak RM300 bermula Mac depan.

Hadir sama melawat warga emas terbabit, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Mohd Yazed Khamis; Ketua UMNO Cawangan Simpang Kerayong, Hasnol abdul Wahab dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) Simpang Kerayong, Rahman Mamat.

Ali begitu amat terharu diatas kunjungan dan keperihatinan yang diberikan pelbagai pihak terhadap penderitaan yang dialaminya.