Thursday, July 31, 2008

JKKK main peranan kariah bebas dadah

Pemimpin masyarakat terutama pemimpin setempat seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memainkan peranan dalam memastikan masyarakat hidup bebas daripada pengaruh najis dadah.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Mohd Yazid Khamis, menjadi tanggungjawab setiap pemimpin dan JKKK bagi memastikan masyarakat hidup bebas daripada sebarang aktiviti negatif.

“Ia merupakan satu cabaran kepada semua pemimpin di kawasan kampung dan JKKK untuk mewujudkan suasana yang aman dan berusaha membentuk masyarakat yang mempunyai akhlak mulia.

“Dewasa ini, pelbagai masalah sosial yang timbul terutamanya penagihan dadah di kalangan belia merupakan bakal pemimpin negara masa hadapan kelak,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran Program Gerak Gempur Dadah (GEMPADAH) di Dewan Felda Tun Ghaffar, di sini, baru-baru ini.

Tambahnya, para pemimpin boleh bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan dalam menyampaikan maklumat tentang kawasan pengedaran dadah kepada pihak polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Kerjasama dan persefahaman ini amat penting dalam usaha memastikan masyarakat setempat bersih tanpa najis dadah kerana masalah ini semakin serius di negara kita.

“Masalah ini semakin hari menjadi rumit dan turut mengancam nyawa serta memberikan kesan bahaya kepada fizikal dan mental penagih dadah.

“Di samping itu, ancaman dadah ini turut membawa kepada gejala sosial yang melibatkan penagih seperti kegiatan jenayah, kecurian dan keruntuhan rumah tangga.

“Para penagih ini mempunyai pemikiran yang tidak rasional, bersikap agresif, penipu dan berpotensi mencederakan orang di sekelilingnya,” jelasnya.

Turut hadir sama pada majlis perasmian GEMPADAH tersebut ialah Ketua Pengarah AADK, Datuk Abd Bakir Zin, Pengarah AADK Negeri Melaka, Ibrahim Bujang dan Pengurus Felda Wilayah Selatan, Mohd Ansari Jamrah.

GEMPADAH bantu cegah gejala dadah

Baru-baru ini, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Jasin (AADK) dengan kerjasama Biro Kebajikan Pemuda UMNO Bahagian Jasin dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah menganjurkan gotong-royong Gerak Gempur Memerangi Dadah (GEMPADAH).

Gotong-royong yang dihadiri 100 orang yang terdiri daripada penduduk dari kawasan Felda Kemendor, kakitangan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan kakitangan AADK Daerah Jasin.

Menurut Ketua Pengarah AADK Daerah Jasin, Siti Aishah Aman, tujuan gotong-royong GEMPADAH ini dilakukan adalah untuk melaksanakan satu program yang berbentuk pencegahan dadah di kawasan yang tegar dengan gejala penagihan serta pengedaran dadah.

Katanya, Felda Kemendor dipilih sebagai lokasi gotong royong kerana kawasan ini mempunyai kepadatan penduduk yang padat dan berada di pinggir bandar.

“Program ini merupakan salah satu usaha perang saraf yang berfokuskan kepada seluruh lapisan masyarakat dengan menjadikan kawasan tersebut bebas daripada gejala dadah.

“Ia juga merupakan arahan daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia supaya kita dapat menimbulkan kesedaran dan peningkatan pengetahuan masyarakat terhadap bahaya jika terjebak dengan najis dadah.

“Selain itu ia juga bertujuan untuk menggerakkan masyarakat sivil bersama-sama dengan agensi dan jabatan kerajaan agar dapat memerangi najis dadah daripada ia terus menular.

“Terdapat beberapa kumpulan sasar dalam melaksanakan program ini antaranya ialah pelajar, ibu baba, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), persatuan penduduk, pemimpin masyarakat, bekas penagih dan juga masyarakat setempat,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, adalah menjadi matlamat kepada mereka untuk membanteras dadah melalui perkongsian yang bijak dengan masyarakat setempat serta berusaha membentuk satu kerjasama bagi menangani masalah ini daripada terus merebak dan mempengaruhi masyarakat setempat.

“Kita sedang berusaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat setempat tentang bahaya dan ancaman yang diterima daripada najis dadah.

“Kita juga mahu menyedarkan mereka bahawa usaha ini perlu ditangani bersama dan bekas-bekas penagih ini perlu dibantu untuk memastikan mereka tidak akan kembali ke tempat lama mereka semula,” katanya.

Beliau berharap melalui program yang diaturkan ini akan dapat mendidik orang ramai menentang musuh nombor satu negara dan sokongan orang ramai diperlukan dalam usaha membanteras gejala dadah.

Tuesday, July 29, 2008

Bercukur Jambul Dan Marhaban Warisan Turun-Temurun

Sambutan masyarakat di Taman Kemendor ,Jasin dekat sini terhadap Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) sempena mencukur jambul dan khatam Al-Quran yang diadakan hari ini, terima reaksi positif di kalangan penduduk kawasan itu.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan kesenian Negeri, Rodzwan Ismail berkata, program itu memberi peluang dan mendedahkan nilai seni dan budaya kepada masyarakat kampung dan luar bandar bagi menghayati aktiviti kebudayaan dan kesenian.

Menurutnya, pelbagai acara bergotong-royong, permainan tradisional, kenduri rakyat,melestarikan tradisi seperti khatam al-Quran, mencukur jambul, berzanji marhaban dan sebagainya.

"Program ini akan diadakan setiap bulan membabitkan tiga daerah di negeri Melaka,"katanya kepada Mela Hari Ini(MHI), di mana majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Rim, Yazid Khamis.

Jelasnya, PSM meliputi kawasan perumahan, komuniti, berunifom, kawasan setinggan, kawasan luar bandar dan pertempatan felda.

"Acara tersebut bermula dengan penyembelihan lembu, gotong-royong,melapah daging diikuti ucapan dan majlis cukur jambul.

Sementara itu, Yazid berkata, beliau menyeru kepada masyarakat kampung supaya mengamalkan budaya dan adat mencukur jambul dan khatam Al-Quran beramai-ramai.

Tambahannya, adat dan budaya itu semakin terpinggir dan perlu dihidupkan semula oleh generasi masa kini.

Hidupkan Semula Warisan Bangsa

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Rim, Yazid khamis menyeru supaya amalan gotong-royong dan makan beradat diperkenalkan semula di kampung-kampung dan bandar dalam usaha mempertahankan adat temurun orng melayu.

Yazid berkata, amalan berkenaan kini semakin terpinggir dengan arus kemodenan yang belaku daripada masa ke semasa.

Menurutnya, ramai golongan belia dan muda-mudi masa kini perlu mengetahui dengan mendalam mengenai adat resam nenek monyang mereka.

"Program seumpama ini sepatutnya diadakan secara menyeluruh di peringkat kampung, daerah dan negeri,"Katanya kepada Melaka Hari Ini(MHI) ketika di temui di Taman Kemendor,Jasin, Sempena program Cukur Jambul dan Khatam Al-Quran, hari ini.

Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Melaka itu mendapat kerjasama Lembaga Surau Taman Seri Kemendor.

Sementara itu, seorang penduduk Khatijah Rosli,34, ketika di temui berkata, beliau bersetuju dengan pendapat ADUN kawasan Rim bagi memanpatkan lagi adat resam bergotong- royong dan makan beradat di setiap kampung.

Menututnya, dengan adanya program seumpama itu, jalinan hubungan antara satu sama lain akan lebih mesra.

"Saya berharap, penyertaan lebih menggalakkan bagi golongan belia dan beliawanis akan melibatkan diri dalam program seumpama ini pada masa akan datang,"katanya.

Monday, July 28, 2008

JKKK Berperanan Memastikan Masyarakat Setempat Bebas Dadah

Pemimpin masyarakat terutamanya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bertanggungjawab memastikan anggota kariahnya bebas dari sebarang bentuk gejala sosial.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek, Mohd Yazid Khamis berkata ia merupakan suatu cabaran kepada JKKK untuk mewujudkan masyarakat berakhlak mulia.

"Pelbagai gejala sosial di kalangan generasi muda telah banyak merosakkan akidah para remaja dan belia khususnya masalah penagihan dadah.

"Pemimpin masyarakat boleh bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan dengan menyampaikan maklumat pengedaran dan kawasan penagihan dadah kepada polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

"Persefahaman diantara pemimpin masyarakat dan anggota kariah perlu wujud untuk memudahkan sebarang perangcangan aktiviti kemasyarakatan,"Katanya lagi.

Yazed berkata demikian semasa bereucap di majlis pelancaran Program Gerak Gempur Dadah (GEMPADAH) di Dewan Felda Tun Ghaffar, Kemendor, di sini hari ini.

Gejala Penagihan Dadah Satu Kerugian Kepada Negara

Penyalahgunaan dadah merupakan masalah kesihatan yang serius dan menjadi isu sosial di kebayakkan negara.Masalah dadah telah membabitkan kerugian dari segi ekonomi dan turut memuaskan berjuta-juta jiwa terutamanya dikalangan belia.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Perumahan, Pembangunan Kecil dan Pemulihan Projek, Mohd Yazed Khamis berkata Malaysia tidak terkecuali menghadapi masalah penagihan dadah sejak bertahun-tahun lalu.

"Masalah ini (dadah) menjadi semakin rumit sejak kewujudan dadah-dadah sintetik yang lebih mengancam nyawa serta mendatangkan kesan bahaya kepada fizikal dan mental penagih. "Ancaman dadah juga membawa kepada gejala sosial seperti peningkatan kadar jenayah, kecurian dan keruntuhan rumah tangga.

"Penagih dadah mempunyai pemikiran adiktif yang tidak boleh iterima oleh masyarakat yang berfikiran rasional. penagih lebih cenderung bersikap agresif, menipu dan berpotensi menderahkan orang disekelilingnya,"Katanya lagi.

Yazed berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Gerak Gempur Dadah(GEMPADAH) di Felda Tun Ghaffar, Kemendor, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah agensi anti Dadah Kebagsaan (AADK), Dato Abd Bakir Zin, Pengarah AADK Negeri Melaka, Ibrahim Bujang dan Pengurus Felda Wilayah Selatan Mohd Ansari Jamrah.

Kerajaan telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara disebabkan banyak keburukan yang timbul akibat penagihan dadah

Thursday, July 24, 2008

Program Merakyatkan Seni Di Taman Seri Kemendor

Orang ramai di jemput hadir bagi memeriahkan Program Merakyatkan Seni Budaya(PMS) iaitu Majlis Khatam Al-Quran dan Mencukur Jambul di Taman Seri Kemendor, Jasin melalui 25 hingga 26 Julai ini.

Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Melaka dengan Kerjasama Lembaga Surau Taman Seri Kemendor itu, merupakan usaha untuk meningkat dan mendedahkan nilai seni dan budaya kepada masyarakat.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Redzwan Ismail berkata, program itu mendedahkan masyarakat dalam dan luar bandar supaya menghayati aktiviti kebudayaan dan kesenian.Menurutnya, pelbagai acara yang di ketengahkan seperti amalan gotong- royong, permainan tradisional, kenduri rakyat, melastarikan tradisi seperti khatam al-Quran, berzanji dan sebagainya.

"Mencukur jambul, Marhaban nazam dan lain-lain juga turut diadakan bagi melengkapkan majlis ini,"katanya kepada Melaka Hari Ini(MHI) ketika di temui disini.Rodzwan berkata, program merakyatkan seni itu meliputi kawasan perumahan, komuniti, berunifom,kawasan setinggan, luar bandar dan penempatan felda.

Justeru, katanya,orang ramai dijemput hadir menyaksikan dan memeriahkan lagi majlis berkenaan dengan membawa keluarga, sanak-sanak saudara dan sahabat handai.

"Saya harap dengan adanya program seumpama itu disini, masyarakat akan dapat menerima kesan yang mendalam melalui penganjuran ini,"katanya lagi.

MAYC Seri Kemendur Tumpaskan Sahabat Belia 4-3

Pasukan bola sepak MAYC seri Kemendur muncul johan perlawanan bola sepak antara kelab Sukarelawan dan penduduk setelah menewaskan Sahabat Belia 4-3 di padang Taman Seri Kemendur Jasin, hari ini.Program anjuran Sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri dan Kelab Sukarelawan Sahabat Belia itu mendapat kerjasama MAYC Taman Seri Kemendur.

Pengerusi Kelab Sukarelawan Sahabat Belia merangkap penyelaras program Khairil Shukri Mohamad Tahier berkata, perlawanan berkenaan dianjurkan bagi melibatkan anggota- anggota belia dengan kegiatan yang berfeadah."Memandangkan gejala nagetif semakin menjadi-jadi dan kian menular dinegara sekarang, maka satu inisiatif perlu diambil bagi membendung pekara ini dari terus merebak.

"Kejohanan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melaraskan Malaysia amnya dan Melaka khususnya sifar didalam gejalayang tidak sihat yang melibatkn para belia,"katanya kepada Sukan Melaka Hari Ini(MHI).Khairil Shukri berkata,program itu cuba untuk mendidik golongan remaja dalam mencapai objektif dan hasrat kerajaan Malaysia Maju 2020 dan Melaka Maju 2010.

Langkah itu, menurut beliau, sekaligus dapat melaksanakan hasrat kerajaan untuk membendung gejala yang tidak sihat yang kian menular dikalangan belia-belia pada masa kini."Kejohanan ini bertujuan untuk membentuk semula peribadi dan sahsiah para belia yang kian hilang pada masa kini,"katanya.

Tambahnya, ia juga bertujuan untuk melahirkan generasi yang berwawasan dan mampu mentadbir diri sendiri , keluarga,masyarakat mahupun negara sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sunday, July 20, 2008

Aktiviti Mingguan ADUN

13/07/08
09.30AM : Majlis Perasmian Kempen Bumi Hijau Peringkat Negeri Melaka
Tempat : Kampung Bukit Katil, Melaka

12.00PM : Majlis Penutup Program Perkemahan Gabungan Unit Berunifom 2008
Tempat : Dewan Terbuka, Anjung Bonda Homestay, Jalan Omar, simpang Bekoh, Melaka

14/07/08 :Tiada

15/07/08
09.00AM : Mesyuarat Lembaga Pengarah Pertam
Tempat : Bilik Mesyuarat MMKN, Melaka

2.30PM : Perbincangan Mengenai Cadangan Pembangunan Pekan Sempang Bekoh Daerah Jasin,Melaka
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Dan Tanah Jasin

16/07/08
09.00AM : Mesyuarat Pormosi Dan Sukma 2010
Tempat : Jabatan Penerangan Negeri Melaka

03.00PM : Mesyuarat Post EXCO Jawatankuasa Negeri Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil Dan Pemulihan Projek Bil-11/2008
Tempat : Bilik Mesyuarat Aras 6, Blok Bentara, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka

8.45PM : Perjumpaan dengan Ketua-ketua Cawangan DUN Rim
Tempat : Bilik Mesyuarat Japerun Rim

17/07/08
09.00AM : Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengelola Sukan Malaysia(SUKMA)XIII,Melaka 2010 Bill1/2008
Tempat : Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Aras 2, Seri Negeri, ayer Keroh, Melaka

11.00AM : Majlis Penyerahan Cek Tiusyen untuk program Kecemerlangan pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah Negeri Melaka tahun 2008
Tempat : Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Aras 2, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Seri Negeri ,Hang Tuah Jaya,Ayer Keroh,Melaka

3.30PM : Undangan Dan Menyampaikan Ucapan Perasmian Dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40
Tempat : Sekolah Kebangsaan Chohong

6.30PM : Majlis Doa Selamat, Bacaan Yassin Dan Jom Bersama Ustaz Sempena Sambutan Dan Perhimpunan Hari Beli Negeri Peringkat Negeri Melaka.
Tempat : Perangkaan Pejabat Pertubuhan Belia Melaka, Kompleks Way, Ayer Keroh, Melaka

18/07/08
3.00PM : Mesyuarat JKKK Felda Tun Ghafar Kemendore
Tempat : Balairaya Felda Tun Ghafar Kemendore

19/07/08
3.15PM : Jemputan Taklimat "BOAT CRUISE SS LILI MARLEEN"
Tempat : Perlabuhan Sungai Melaka

20/07/08
7.30AM : Majlis Florathon 2008
Tempat : Taman Botanikal, Ayer Keroh

8.15PM : Sambutan Perhimpunan Hari Belia Peringkat Negeri Melaka 2008
Tempat : Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Ayer Keroh

Monday, July 7, 2008

Pemuda UMNO DUN Rim Ungguli Badminton Dan Tarik Tali

Pasukan Pemuda UMNO Zon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim mengungguli keseluruhan acara yang dipertandingkan pada acara Badminton dan Tarik Tali dalam Pertandingan yang diadakan di Dewan sekolah Menengah Jasin,Malam tadi.

Walaubagaimanapun pasukan tersebut turut diberi tentngan yang sengit oleh pasukan AJK Pemuda UMNO Bahagian Jasin.Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO Rim, Abd Ghani, berkata pertandingan yang di adakan bertujuan mengeratkan lagi siratulrahim antara seluruh pemuda DUN Rim dengan kepimpinan AJK Pemuda UMNO bahagian Jasin

Menurutnya, pertandingan yang paling menarik sekali pada kali ini adalah pertandingan tarik tali yang pertama kali di adakan di dalam dewan tertutup. "Sebelum ini pertandinagn tarik tali biasanya diadakan di kawasan padang tetapi hari ini ianya diadakan di dalam dewan tertutup,"katanya kepada sukan Melaka Hari Ini(MHI) ketika ditemui hari ini.

Katanya, penyertaan terhadap program itu amat baik sekaligus menunjukkan satu prestasi yang baik daripada golongan belia dan pemuda terhadap aktiviti sihat

Thursday, July 3, 2008

Harapan Buat Pemain



PENGURUS pasukan Melaka, Mohd Yazed Khamis, berharap pasukannya mengekalkan kecemerlangan dengan menunjukkan potensi mereka sepenuhnya untuk bangkit dalam misi mencapai kemenangan ketika bertemu Terengganu pada pertemuan Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, malam ini.Meskipun dilihat seolah-olah bernasib baik menewaskan Sarawak 3-0 pada Jumaat lepas dengan menjaringkan satu gol awal pada babak pertama dan dua gol kemenangan babak kedua di hujung permainan masa sebenar, tetap dilihat masih mempunyai kelemahan.

Yazed mengakui anak buahnya keletihan selepas kemenangan itu dengan menegaskan keinginan Melaka untuk memburu kemenangan tetap kuat."Saya gembira kerana mereka (pemain) mempamerkan aksi yang cemerlang ketika bertemu Sarawak pada Jumaat lepas."Kita boleh melihat apa yang mereka lakukan memang yang terbaik kerana mereka mempunyai keinginan kuat untuk menang,"katanya.Yazed pasti keazaman mereka untuk memenangi perlawanan tetap sama sepertimana pertemuan minggu lepas dan beliau sudah melupakan badi dua kekalahan lalu. "Saya gembira kerana mereka dapat dapat beraksi dengan baik dengan memberikan sepenuh perhatian seratus peratus di atas padang,"katanya.Melaka yang kini menduduki tangga ke lima liga dengan hanya mengutip tiga mata di belakang Selangor mengharapkan tuah pada pertemuan malam ini dengan membawa tiga mata penuh dalam misi memburu kemenangan kedua untuk terus bersaing di dalam persaingan liga Piala Malaysia.