Thursday, July 24, 2008

MAYC Seri Kemendur Tumpaskan Sahabat Belia 4-3

Pasukan bola sepak MAYC seri Kemendur muncul johan perlawanan bola sepak antara kelab Sukarelawan dan penduduk setelah menewaskan Sahabat Belia 4-3 di padang Taman Seri Kemendur Jasin, hari ini.Program anjuran Sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri dan Kelab Sukarelawan Sahabat Belia itu mendapat kerjasama MAYC Taman Seri Kemendur.

Pengerusi Kelab Sukarelawan Sahabat Belia merangkap penyelaras program Khairil Shukri Mohamad Tahier berkata, perlawanan berkenaan dianjurkan bagi melibatkan anggota- anggota belia dengan kegiatan yang berfeadah."Memandangkan gejala nagetif semakin menjadi-jadi dan kian menular dinegara sekarang, maka satu inisiatif perlu diambil bagi membendung pekara ini dari terus merebak.

"Kejohanan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melaraskan Malaysia amnya dan Melaka khususnya sifar didalam gejalayang tidak sihat yang melibatkn para belia,"katanya kepada Sukan Melaka Hari Ini(MHI).Khairil Shukri berkata,program itu cuba untuk mendidik golongan remaja dalam mencapai objektif dan hasrat kerajaan Malaysia Maju 2020 dan Melaka Maju 2010.

Langkah itu, menurut beliau, sekaligus dapat melaksanakan hasrat kerajaan untuk membendung gejala yang tidak sihat yang kian menular dikalangan belia-belia pada masa kini."Kejohanan ini bertujuan untuk membentuk semula peribadi dan sahsiah para belia yang kian hilang pada masa kini,"katanya.

Tambahnya, ia juga bertujuan untuk melahirkan generasi yang berwawasan dan mampu mentadbir diri sendiri , keluarga,masyarakat mahupun negara sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.