Monday, July 28, 2008

JKKK Berperanan Memastikan Masyarakat Setempat Bebas Dadah

Pemimpin masyarakat terutamanya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bertanggungjawab memastikan anggota kariahnya bebas dari sebarang bentuk gejala sosial.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek, Mohd Yazid Khamis berkata ia merupakan suatu cabaran kepada JKKK untuk mewujudkan masyarakat berakhlak mulia.

"Pelbagai gejala sosial di kalangan generasi muda telah banyak merosakkan akidah para remaja dan belia khususnya masalah penagihan dadah.

"Pemimpin masyarakat boleh bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan dengan menyampaikan maklumat pengedaran dan kawasan penagihan dadah kepada polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

"Persefahaman diantara pemimpin masyarakat dan anggota kariah perlu wujud untuk memudahkan sebarang perangcangan aktiviti kemasyarakatan,"Katanya lagi.

Yazed berkata demikian semasa bereucap di majlis pelancaran Program Gerak Gempur Dadah (GEMPADAH) di Dewan Felda Tun Ghaffar, Kemendor, di sini hari ini.