Thursday, July 24, 2008

Program Merakyatkan Seni Di Taman Seri Kemendor

Orang ramai di jemput hadir bagi memeriahkan Program Merakyatkan Seni Budaya(PMS) iaitu Majlis Khatam Al-Quran dan Mencukur Jambul di Taman Seri Kemendor, Jasin melalui 25 hingga 26 Julai ini.

Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Melaka dengan Kerjasama Lembaga Surau Taman Seri Kemendor itu, merupakan usaha untuk meningkat dan mendedahkan nilai seni dan budaya kepada masyarakat.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Redzwan Ismail berkata, program itu mendedahkan masyarakat dalam dan luar bandar supaya menghayati aktiviti kebudayaan dan kesenian.Menurutnya, pelbagai acara yang di ketengahkan seperti amalan gotong- royong, permainan tradisional, kenduri rakyat, melastarikan tradisi seperti khatam al-Quran, berzanji dan sebagainya.

"Mencukur jambul, Marhaban nazam dan lain-lain juga turut diadakan bagi melengkapkan majlis ini,"katanya kepada Melaka Hari Ini(MHI) ketika di temui disini.Rodzwan berkata, program merakyatkan seni itu meliputi kawasan perumahan, komuniti, berunifom,kawasan setinggan, luar bandar dan penempatan felda.

Justeru, katanya,orang ramai dijemput hadir menyaksikan dan memeriahkan lagi majlis berkenaan dengan membawa keluarga, sanak-sanak saudara dan sahabat handai.

"Saya harap dengan adanya program seumpama itu disini, masyarakat akan dapat menerima kesan yang mendalam melalui penganjuran ini,"katanya lagi.