Thursday, July 3, 2008

Harapan Buat Pemain



PENGURUS pasukan Melaka, Mohd Yazed Khamis, berharap pasukannya mengekalkan kecemerlangan dengan menunjukkan potensi mereka sepenuhnya untuk bangkit dalam misi mencapai kemenangan ketika bertemu Terengganu pada pertemuan Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, malam ini.Meskipun dilihat seolah-olah bernasib baik menewaskan Sarawak 3-0 pada Jumaat lepas dengan menjaringkan satu gol awal pada babak pertama dan dua gol kemenangan babak kedua di hujung permainan masa sebenar, tetap dilihat masih mempunyai kelemahan.

Yazed mengakui anak buahnya keletihan selepas kemenangan itu dengan menegaskan keinginan Melaka untuk memburu kemenangan tetap kuat."Saya gembira kerana mereka (pemain) mempamerkan aksi yang cemerlang ketika bertemu Sarawak pada Jumaat lepas."Kita boleh melihat apa yang mereka lakukan memang yang terbaik kerana mereka mempunyai keinginan kuat untuk menang,"katanya.Yazed pasti keazaman mereka untuk memenangi perlawanan tetap sama sepertimana pertemuan minggu lepas dan beliau sudah melupakan badi dua kekalahan lalu. "Saya gembira kerana mereka dapat dapat beraksi dengan baik dengan memberikan sepenuh perhatian seratus peratus di atas padang,"katanya.Melaka yang kini menduduki tangga ke lima liga dengan hanya mengutip tiga mata di belakang Selangor mengharapkan tuah pada pertemuan malam ini dengan membawa tiga mata penuh dalam misi memburu kemenangan kedua untuk terus bersaing di dalam persaingan liga Piala Malaysia.