Tuesday, July 29, 2008

Hidupkan Semula Warisan Bangsa

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Rim, Yazid khamis menyeru supaya amalan gotong-royong dan makan beradat diperkenalkan semula di kampung-kampung dan bandar dalam usaha mempertahankan adat temurun orng melayu.

Yazid berkata, amalan berkenaan kini semakin terpinggir dengan arus kemodenan yang belaku daripada masa ke semasa.

Menurutnya, ramai golongan belia dan muda-mudi masa kini perlu mengetahui dengan mendalam mengenai adat resam nenek monyang mereka.

"Program seumpama ini sepatutnya diadakan secara menyeluruh di peringkat kampung, daerah dan negeri,"Katanya kepada Melaka Hari Ini(MHI) ketika di temui di Taman Kemendor,Jasin, Sempena program Cukur Jambul dan Khatam Al-Quran, hari ini.

Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Melaka itu mendapat kerjasama Lembaga Surau Taman Seri Kemendor.

Sementara itu, seorang penduduk Khatijah Rosli,34, ketika di temui berkata, beliau bersetuju dengan pendapat ADUN kawasan Rim bagi memanpatkan lagi adat resam bergotong- royong dan makan beradat di setiap kampung.

Menututnya, dengan adanya program seumpama itu, jalinan hubungan antara satu sama lain akan lebih mesra.

"Saya berharap, penyertaan lebih menggalakkan bagi golongan belia dan beliawanis akan melibatkan diri dalam program seumpama ini pada masa akan datang,"katanya.