Wednesday, November 26, 2008

Melaka confident of good performance

Melaka is confident of putting up a strong challenge during the new Premier League season which starts this January as the field is more open this time around.

Team Manager, Yazed Khamis said the absence of imported players this time around will ensure a more open and balance race for the title.He said, during the previous seasons, Melaka have always faltered to teams with good imported players and as such, he is confident that the new development will provide ample opportunity to all teams, including Melaka.

"I believe all my players will be able to put up a decent performance and try to help us achieve our aim of returning to the Super League," he told reporters this after a sponsorship presentation ceremony recently.

Apart from the Premier League team, the President Cup and men and women team for the Futsal League received the sponsorship of Kika sporting attire and foot wear.Apart from Kika, Telekom Malaysia is also sponsoring the team with a RM500,000 contribution.

According to Yazed, Melaka team for the new season will comprise a combination of new and experienced players, where about 70 percent of them are locals.He said 14 players from last season, including Rahim Bakar and Firdaus Abu, were retained while the rest are players from Selangor, Negeri Sembilan, Perlis and Kuala Lumpur's President's Cup team.

"We have a great combination of players for this new season. What we are doing right now is to work on their understanding as a team. With about two months to the new season, I think we have ample time to work on this," he added.

Sunday, November 23, 2008

Suntik Semangat Baru MAFA Terima Tajaan Peralatan Sukan KIKA

Penajaan peralatan latihan oleh KIKA, diharap dapat menyuntik semangat baru buat pasukan bola sepak Melaka menghadapi saingan Liga Malaysia yang akan bermula Januari depan.

Pengurus Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA), Mohd Yazed Khamis berkata, dengan penajaan tersebut, diharap pemain dapat menunjukkan persembahan cemerlang pada setiap perlawanan.

"Selain jersi, KIKA telah menaja keseluruhan peralatan seperti kasut boot dan stokin kepada empat pasukan iaitu Liga Perdana, Liga Presiden, Futsal Lelaki dan Futsal Wanita.

"Kita masih belum menandatangani kontrak. Bagaimanapun, dalam perbincangan secara lisan penajaan adalah untuk setahun, tetapi kita akan berbincang lagi untuk mendapatkan penajaan bagi tempoh tiga tahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penajaan Peralatan Sukan (KIKA) kepada MAFA di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Kata Mohd Yazed, beliau mensasarkan pasukan untuk masuk ke Liga Super dan akan pastikan pemain lebih serius bagi mencapai sasaran tersebut."Kita akan memantau disiplin pemain supaya mereka lebih serius dan tidak main-main semasa persembahan," katanya lagi.

Sementara itu, Jurulatih Pasukan Bola Sepak Melaka, Nicksham Abdullah mengharapkan gabungan mantap antara pemain lama dan baru dapat memberi kebangkitan semula MAFA dalam arena bola sepak.

"Sebahagian pemain lama iaitu kira-kira 70 peratus dikekalkan dalam pasukan, sementara sebahagian lagi kita buka kepada pemain dari negeri lain seperti Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perlis."Pemain yang diambil bukanlah pemain yang berumur dan ternama, tetapi muda dan tetap mempunyai pengalaman dalam liga," katanya.

Menurutnya lagi, sebanyak lima perlawanan persahabatan akan diadakan sebelum Liga Perdana bermula tahun depan bermula Disember ini."Skuad pasukan kita akan melawan Kuala Lumpur pada 5 Disember ini. Diikuti Kelantan (11 Disember), Felda United (12 Disember), Negeri Sembilan (20 Disember) dan Selangor (26 Disember)," jelasnya.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan Negeri, Hasan Abd Rahman; Presiden MAFA, Karim Yacoob; Pengurus Besar Pemasaran Telekom Malaysia (TM), Zaini Maatan dan Pengurus Kawasan Selatan KIKA, Basir Ibrahim.

ADUN Rim bantu mangsa banjir

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Mohd Yazed Khamis turun padang memberi bantuan kepada 11 keluarga mangsa banjir di Kampung Sempang Kerayong, di sini, lewat petang kelmarin.

Banjir tersebut berlaku berikutan hujan lebat di kawasan berkenaan sejak tengah hari lagi. Mohd Yazed berkata, semasa kejadian kesemua mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Tadika Perpaduan Taman Sempang Kerayong.

Menurutnya, tindakan segera beberapa agensi kerajaan seperti kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah, pegawai Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah telah dapat membantu memindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat.

“Di samping itu, beberapa agensi kerajaan turut memberi sumbangan kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek berkata, hujan lebat yang turun dari tengah hari menyebabkan air naik dengan cepat sehingga mangsa tidak sempat menyelamatkan peralatan rumah mereka.

“Kita kini sedang meneliti punca berlaku banjir kilat dan akan memastikan tiada lagi kejadian seperti ini berlaku pada masa hadapan,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah air surut pada hari berikutnya.

Wednesday, November 5, 2008

Melaka Lantik Jurulatih Baru Selepas Raya

Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA) yang masih tersentak dengan aksi yang tidak konsisten serta laporan beberapa pemain bakal berhijrah, belum mahu menekan butang kecemasan dan hanya akan melantik jurulatih baru selepas sambutan Aidilfitri.

MAFA yang mengakui sedikit pincang pada saingan liga lepas, tidak mahu terburu-buru mencari pengganti, sebaliknya skuad itu yang bakal beraksi dengan menampilkan pemain muda pada musim depan mahu memanjangkan sedikit masa lagi bagi menilai calon yang bakal mengisi kekosongan tersebut.

Pengurus pasukan, Mohd Yazed Khamis berkata, MAFA sudah menyiapkan perancangan rapi untuk menghadapi liga musim depan bagi memastikan skuad itu terus mantap termasuk bersedia terhadap kemungkinan kehilangan pemain tonggak yang berhijrah ke pasukan lain.

Katanya, pemergian beberapa pemain berhijrah ke pasukan lain adalah perkara biasa dalam bola sepak moden dan tidak akan menjejaskan perancangan skuad yang sudah pun mengambil kira semua faktor itu lebih awal.

Laporan akhbar tempatan baru-baru ini mendedahkan beberapa nama seperti bekas jurulatih dari skuad Belia Kebangsaan Iraq, Wathiq Nadji, jurulatih tempatan seperti Fuzaimi daripada Pahang, Nick Sham Abdullah dan Rahim Abdullah masing-masing dari Melaka dikaitkan bakal mengisi kekosongan tersebut yang masih lagi menunggu lampu hijau dari MAFA.

"Setakat ini, MAFA lebih suka amalkan sikap tunggu dan lihat tetapi kami juga sudah memiliki beberapa calon untuk dipertimbangkan serta sudah merangka strategi untuk musim baru yang lebih kompetitif."Kami sedar, beraksi di pada liga musim depan menuntut tahap aksi yang tinggi dan kami sudah pun mula melakar strategi berkenaan.

"Segala persiapan termasuk pemilihan jurulatih kini di peringkat penilaian dan dijangka membuat pengumuman mengenainya selepas Aidilfitri nanti."Tunggu saja pengumuman dari MAFA," katanya ketika dihubungi.

Manakala bagi pemain, Yazed menjelaskan setakat ini MAFA telah mengenal pasti 15 pemain muda tempatan yang bakal diserapkan kedalam skuad negeri dan khidmat pemain senior seperti Md Nor Derus, Abdul Rahim Bakar dan beberapa pemain muda di kekalkan dan masih lagi di perlukan untuk membantu pasukan.

Mangsa Banjir Di Kampung Bukit Tinggi Terima Pampasan

Penghulu Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim , Norazmi Mahmood menyerahkan cek mangsa banjir kepada Norhisham Mohamad yang mewakili penduduk kampung Bukit Tinggi, sempang Kerayong, Jasin.

Dalam kejadian banjir kilat baru-baru ini, sebanyak empat buah rumah telah dimasuki air menyebabkan barangan seperti perabot, kenderaan, barangan elektrik, pakaian dan ternakan mengalami kemusnahan dan kerosakkan.

Menurut Nor Azmi, air yang naik terlalu pantas dan berkata pada waktu awal pagi itu menyebabkan penduduk tidak dapat berbuat apa-apa termasuk menyelamatkan harta benda mereka.

"Bantuan ini adalah sumbangan daripada Kerajaan Negeri melalui Tabung Bencana Alam Daerah dan diharap akan dapat mengurangkan beban dan kesusahan yang dialami mangsa banjir terbabit,"katanya

Sementara itu, Norhisham berharap sistem perparitan di kawasan banjir di kampung berkenaan akan dapat dikaji dan diselenggara semula kerana dalam tahun ini sahaja banjir kilat berlaku yang menyebabkan banyak kerugian dan kerosakkan