Wednesday, November 5, 2008

Mangsa Banjir Di Kampung Bukit Tinggi Terima Pampasan

Penghulu Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim , Norazmi Mahmood menyerahkan cek mangsa banjir kepada Norhisham Mohamad yang mewakili penduduk kampung Bukit Tinggi, sempang Kerayong, Jasin.

Dalam kejadian banjir kilat baru-baru ini, sebanyak empat buah rumah telah dimasuki air menyebabkan barangan seperti perabot, kenderaan, barangan elektrik, pakaian dan ternakan mengalami kemusnahan dan kerosakkan.

Menurut Nor Azmi, air yang naik terlalu pantas dan berkata pada waktu awal pagi itu menyebabkan penduduk tidak dapat berbuat apa-apa termasuk menyelamatkan harta benda mereka.

"Bantuan ini adalah sumbangan daripada Kerajaan Negeri melalui Tabung Bencana Alam Daerah dan diharap akan dapat mengurangkan beban dan kesusahan yang dialami mangsa banjir terbabit,"katanya

Sementara itu, Norhisham berharap sistem perparitan di kawasan banjir di kampung berkenaan akan dapat dikaji dan diselenggara semula kerana dalam tahun ini sahaja banjir kilat berlaku yang menyebabkan banyak kerugian dan kerosakkan