Tuesday, August 5, 2008

Peka Dengan Masalah Penduduk

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Rim, Mohd Yazed Khamis; menggesa semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Kawasan DUN Rim supaya sentiasa peka dengan masalah penduduk di kawasan mereka.

Mohd Yazed berkata, mereka perlu mendekati penduduk yang mempunyai masalah termasuk yang menghidap penyakit kronik serta memaklumkan kepadanya untuk membolehkan tindakan susulan dilakukan.

"Saya berharap supaya semua ahli JKKK di DUN Rim sentiasa peka dengan keadaan persekitaran kawasan mereka khususnya dalam mengenal pasti penduduk yang memerlukan bantuan.

"Ini termasuklah mereka yang menghidap penyakit lumpuh, angin ahmar, kencing manis dan penyakit jantung berlubang tampa mengira kaum, fahaman agama dan fahaman politik ;katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini(MHI) selepas mengadakan lawatan kebajikan di rumah Abdul Manaf Baadin, 49 di kampung Sempang Kerayong berikutan kakinya terpaksa di potong akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya.

Abdul Manaf sebelum ini bertugas sebagai pengawal keselamatan di Institusi Kemahiran Mara (IKM) jasin dan menyara isteri yang bekerja sebagai pembantu di kedai dobi serta lima anak yang masih bersekolah.

Berikutan kakinya di potong abdul Manaf yang sebelum ini merupakan ketua keluarga kini kehilangan sumber mata percarian untuk menampung keluarganya.

Serentak dengan itu, Mohd Yazed berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) akan dapat datang ke rumah abdul Manaf untuk membuat siasatan bagi membantu keluarga terbabit meringatkan beban mereka.

"Dengan adanya bantuan yang disalurkan setiap bulan, masalah beban kewangan untuk berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan bulanan akan dapat dibantu, manakala anak-anaknya dapat meneruskan persekolahan seperti biasa,"katanya.

Mohd Yazed turut berharap, JKM dapat membekalkan kerusi roda kepada Abdul Manaf untuk membolehkan beliau begerak dengan lebih mudah.

Tutut serta dalam lawatan itu ialah Penghulu DUN Rim merangkap Pengerusi Biro Kebajikan Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Nor Azmi Mahmod serta Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sempang Kerayong, Norhisham Muhammad